Tahniah Dato' Ibrahim Ali kerana berjaya menghimpunkan 76 NGO Melayu dan menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan hak - hak Melayu dan kesucian Islam. Kita pun tidak tahu apa yang tersirat disebalik penubuhan majlis tersebut, tunggu dan dengar.
Pada tahun 1946 dulu Dato' Onn himpun persatuan - persatuan Melayu diatas dasar hendak mempertahankan hak - hak Melayu dari 'Malayan Union' tajaan British. Kali ini buat lebih kurang macam tu juga, jadi sekarang siapa pulak yang hendak hancurkan Melayu?
Sejak 1946, dan setelah Merdeka sampai sekarang Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (UMNO) yang mendominisi Kerajaan Malaysia. Jadi apabila MPM selamatkan Melayu yang baru ini ditubuhkan, adakah bererti yang UMNO sedang menghancurkan bangsa Melayu seperti mana British nak buat pada tahun 1946 dulu. Kerajaan yang memerintah adalah BN, yang UMNO menjadi tulang belakangnya, jadi yang tersiratnya puak - puak NGO ni nak lawan UMNO ke?.
Kalau UMNO tu pembela Melayu dan Agama Islam kenapa perlu diwujudkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM)? sebab UMNO sebuah pertubuhan yang besar keahliannya sampai angka juta, namapun Melayu bersekutu takkan tak boleh pertahan apa saja yang terlibat dengan Melayu. Bukan sekadar itu saja Raja pun masih Melayu, Perdana Menteri dan Menteri - Menteri kanan dan isteri - isteri mereka pun Melayu. Bukan setakat jaga negara, tanah Melayu pun mereka jaga, takkan MPM ini tak percaya pada mereka?
Sewaktu orang puteh jajah Tanah Melayu dulu, diantara tujuannya tak mahu Islam tu berkembang dan kuat. Dari segi sejarah setelah runtuhnya kerajaan Islam Cordova, misi mereka adalah menghancurkan Islam. Sebab itu Melaka menjadi tumpuan, diwaktu itu orang Melayu sudah Islam. Kalaulah orang puteh datang ke Melaka sebelum Parameswara, rasanya penjajahan mungkin tidak sama. Dahulu Islam di tanah Melayu akan dibangsakan pada orang melayu, sebut melayu sudah pasti Islam, sebab itu orang asli tak dipanggil Melayu. Tapi sekarang tak Islam pun boleh jadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu.
Ratusan tahun orang puteh telah rosakkan pemikiran orang Melayu, iaitu dengan memisahkan Melayu dan Islam. Sebab itu semangat Kebangsaan atau nasionalis berjaya dalam memerdekakan negara kita. Selepas merdeka Mahkamah Syariah menjadi Mahkamah kelas kedua, undang - undang orang puteh diambil untuk menjaga rakyat Malaysia tak kira islam atau kafir. Sampai Bank Islam pun tak rujuk mahkamah Syariah, jadi orang puteh sudah berjaya kerana orang Melayu sudah tidak yakin lagi pada ugamanya.
Orang Melayu dikenali sebagai satu bangsa yang baik hati, dulu, kini dan selamanya. Dulu bagi Pulau Pinang kat orang Puteh kemudian Singapura kat Lee Quan Yew sekarang satu Malaysia nak beri dekat siapa pun tahu lagi, tunggu dan lihatlah. Dato Onn tubuh Umno kerana hendak selamatkan raja Melayu, dan kini Raja sudahpun selamat, sepatutnya mintalah pada raja - raja untuk selamatkan Melayu, dan rasanya tak perlulah ditubuhkan macam - macam pertubuhan untuk selamat Melayu.
Sewaktu BN menang besar dalam pilihanraya 2004 dulu isu semacam ini tak dengar pun, malah di Pulau Pinang orang - orang Melayu yang kuat - kuat tak pernahpun buat 'demo' walaupun ramai orang melayu Pulau Pinang berpindah ke Kuala Ketil dan Mahang. Sebenarnya isu melayu ini tidak perlu ditimbulkan lagi, sebab yang perintah Malaysia ini pun Melayu, patutnya merekalah yang jaga melayu.
Tapi agak hairan juga semenjak mereka diberi mandat untuk jaga tanah Melayu, tanah rezab Melayu semakin hari semakin kurang. Akhbar utusan Melayu dah masuk muzium, dan banyak lagi harta - harta Melayu yang semakin hilang, ada baiknya juga tubuh MBM ini. Sebab dulu Dato' Onn berjuang nak ambil balik hak - hak orang Melayu dari orang puteh, kali ini harap - harap MBM ni ambil baliklah hak - hak orang melayu yang dah hilang. Selamat berjuang...............
Sunday, April 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment